Skip this ad x
Majikur (kanan) bersama ahli keluarga menunjukkan sarang tebuan yang menghuni rumah mereka di Kampung Puka, Kota Marudu.
HM Digital

Kota Marudu: Tujuh sekeluarga yang pulang bercuti untuk menyambut Krismas terkejut apabila rumah mereka yang ditinggalkan selama enam bulan ‘dihuni’ tebuan apabila sarangnya ditemui di siling rumah di Kampung Puka, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 4.24 petang itu, sarang terbuan sepanjang 0.9 meter berjaya dimusnahkan sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Penghuni, Joel Majikur, 43, dia dan keluarganya baru tiba dari Semenanjung dan pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Krismas.

“Sebaik pintu rumah dibuka, saya terkejut melihat sarang tebuan yang besar itu berada di siling ruang tamu.

“Saya melarang ahli keluarga masuk ke rumah itu kerana bimbang keselamatan mereka terancam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Disember 2017 @ 5:58 AM