BUAH dabai dapat pemintaan tinggi daripada penduduk Sarawak.
Sandra Albertz
am@hmetro.com.my

Samarahan: Jika sebelum ini buah dabai di Sarawak hanya boleh dibeli di Sibu, kini penduduk di sekitar bahagian ini dan Kuching boleh mendapatkan bekalan buah berkenaan daripada petani di Asajaya di sini.

Penanaman buah dabai membabitkan penduduk di kawasan itu sejak lebih setahun lalu mula membuahkan hasil dan mampu memberikan pendapatan lumayan kepada penduduk.

Petani Jeffery Tungkat, 30, berkata, buah dabai yang ditanamnya kali pertama berbuah bulan lalu dan hasilnya sudah boleh dijual kepada orang ramai.

Menurutnya, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM300 sehari dengan menjual buah dabai yang masak.

“Petani di sekitar Asajaya menanam pokok buah itu di sekitar kampung masing-masing sejak lebih setahun lalu dan tidak sangka kini ia mula mendatangkan hasil lumayan kepada kami.

“Setiap hari, kami (petani) mampu mengutip sehingga 30 kilogram buah terbabit untuk dijual,” katanya


PETANI menuai hasil buah dabai untuk dijual di Asajaya.

ka ditemui Harian Metro.

Jeffery yang berasal dari dari Kampung Senangeh, Asajaya berkata, buah dabai boleh dijual antara RM10 hingga RM20 sekilogram mengikut kualiti.

“Saya menjualnya hanya pada harga RM10 sekilogram kepada penduduk kampung dan orang ramai yang melalui kampung saya berhampiran Jambatan Batang Sadong.

“Kami juga menghebahkan jualan buah dabai dari kampung ini di laman sosial, malah sudah ada yang menempah buah itu dari kami,” katanya.

Katanya, permintaan buah dabai dari Asajaya agak tinggi pada musim ini, namun tidak banyak ditanam di kampungnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 January 2018 @ 10:29 AM