RUMAH Mariam Jusoh masih ditenggelami banjir di Kampung Limau Kasturi berikutan hujan lebat sejak Ahad menyebabkan berlaku limpahan air Sungai Galas. FOTO Ramli Ibrahim
Muhamaad Razis Ismail


JUMLAH mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 46 orang sehingga 9 pagi, hari ini berbanding 37 orang semalam.

Berdasarkan portal ebanjir Kelantan semua mangsa banjir membabitkan 17 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) di Gua Musang dan Jeli.

Jeli menjadi daerah terbaru dinaiki air apabila seramai sembilan mangsa banjir membabitkan enam keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah, Jeli yang dibuka 8 pagi tadi

Jumlah mangsa banjir di Gua Musang kekal 37 orang ditempatkan di PPS SK Limau Kasturi 2 sejak semalam.

Paras air di beberapa sungai berada di paras amaran iaitu Sungai Galas, Dabong (36.87 meter), Sungai Lebir, Tualang (34.29 m), Sungai Kelantan, Tangga Krai (24.42 m) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillermard (14.83 m).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 January 2018 @ 12:21 PM