Mangsa banjir dipindahkan dengan menaiki bot ke PPS. FOTO ihsan APM
Mangsa banjir dipindahkan dengan menaiki bot ke PPS. FOTO ihsan APM
Norasikin Daineh


MANGSA banjir di Membakut, Beaufort meningkat sedikit kepada 489 orang setakat jam 9 pagi hari ini berbanding 484 orang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Kamal Mokhtar berkata, jumlah itu membabitkan 173 keluarga dan mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

"Di PPS Dewan Serbaguna Membakut, terdapat 127 mangsa daripada 45 keluarga manakala di PPS Saint Patrick, seramai 362 mangsa daripada 162 keluarga ditempatkan di situ.

"Pemindahan dilakukan berikutan 26 kampung di kawasan itu terjejas dan sebanyak lapan jalan terputus hubungan akibat banjir," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamal berkata, keadaan cuaca ketika ini cerah namun APM sentiasa memantau sekiranya masih ada mangsa perlu dipindahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 January 2018 @ 10:49 AM