MAYAT lelaki ditemui di perairan Pulau Kendi. FOTO Ihsan Maritim Malaysia
Rudy Syareme Sheriffudin


MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui terapung lebih kurang 4.3 batu nautika di barat daya Pulau Kendi, Pulau Pinang, 10.40 pagi hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menerima panggilan telefon daripada lelaki tempatan pada 10.40 pagi.

Beliau berkata, dalam laporan itu pihak Maritim Malaysia dimaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki dalam keadaan terapung di perairan Pulau Kendi semasa dia ingin pergi memancing.

"Sepasukan pegawai dan anggota Maritim Malaysia Daerah 2 bersama sebuah bot pergi ke lokasi mayat ditemui.

“Mayat kemudian dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung dan diserahkan kepada pihak polis Teluk Kumbar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hamizan berkata, pihaknya ingin menasihatkan agar orang ramai sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di laut kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 8:41 PM