HM Digital

Kota Kinabalu: Seorang lelaki disyaki penagih dadah cedera selepas cuping telinga kirinya terkoyak kerana meronta-ronta ketika ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Likas, di sini.

Suspek berusia 38 tahun itu antara lapan individu termasuk seorang remaja perempuan yang ditahan Cuping telinga sampai koyak kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah pada Ops Cegah Siri 1-2018, bermula jam 9 malam kelmarin hingga jam 2.30 pagi semalam.

Ketika serbuan, anggota penguat kuasa AADK Kota Kinabalu memperkenalkan diri kepada lelaki terbabit sebelum menahannya kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.


LELAKI yang cuba mengelak ditahan cedera selepas anting-anting tercabut dari cuping telinganya.

Namun, ketika hendak digari, lelaki itu melawan dengan meronta-ronta dan berkata, “Apa hak kamu mahu tahan? Kamu siapa?”

Anggota penguat kuasa AADK kemudian bertindak memegang tubuh lelaki itu ke lantai, namun dia terus meronta-ronta hingga anting-anting pada telinga kirinya tertanggal menyebabkan cuping telinga kirinya koyak.

Kejadian itu turut disaksikan isteri dan lima anaknya.

Ketua AADK Kota Kinabalu Lawrence Galleh berkata, pada operasi itu, seramai lapan penguat kuasa AADK Kota Kinabalu menjalankan Ops Cegah di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian dibawa bersama tujuh yang lain ke pejabat AADK dan mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2018 @ 4:47 AM