BUBU naga yang digunakan nelayan dari Kampung Kuala Muda.
Omar Osman
am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Penggunaan bubu naga yang semakin berleluasa ketika ini meresahkan nelayan di Kampung Sungai Muda, Kota Kuala, di sini, apabila mendakwa aktiviti itu menyebabkan hasil tangkapan ikan dan udang terjejas.

Bubu naga sepanjang lima hingga 10 meter setiap satu mudah digunakan kerana hanya perlu diletakkan di laut dan setiap pagi, nelayan hanya pergi mengutip hasilnya saja.

Keadaan itu berbeza dengan nelayan di Kampung Sungai Muda yang menggunakan pukat hanyut bagi aktiviti menangkap ikan, udang dan ketam dengan terpaksa menurun dan menaikkan pukat setiap kali ke laut.

Nelayan yang mahu dikenali sebagai Azman, 30, berkata, penggunaan bubu naga oleh nelayan di kampung bersebelahan dikesali, namun mereka tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak mahu mencari masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 January 2018 @ 4:48 AM