Zuliaty Zulkiffli


ENAM gerai buah-buahan di Taman Dahlia, Jalan Lencong Barat, Alor Setar terbakar, malam semalam namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran 11.24 malam.

“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikerah ke lokasi dan tiba enam minit kemudian.

“Dua gerai musnah kira-kira 10 peratus, dua gerai pula kira-kira 15 peratus manakala bakinya kira-kira 70 peratus,” katanya hari ini.


Anggota bomba dapat memadamkan kebakaran gerai jam 12.20 tengah malam. Foto Ihsan Bomba.

Menurut beliau, api dapat dikawal 12.20 tengah malam dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan I Jasbir Singh bersama 20 anggota termasuk bantuan daripada BBP Alor Setar.

Ia turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2018 @ 12:37 PM