JALAN menuju ke rumah penduduk yang dinaiki air di Kampung Air Papan, Mersing, semalam. FOTO ihsan JPM
Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


MANGSA banjir di Segamat dan Mersing meningkat kepada 1,014 mangsa membabitkan 273 keluarga hingga 12 tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat

berkata, bilangan berkenaan meningkat berbanding 627 mangsa membabitkan 158 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS pada 10 pagi hari ini.

Beliau berkata, antara kawasan yang terjejas di Segamat termasuk Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Menurutnya, 54 mangsa banjir membabitkan 14 keluarga ditempatkan di PPS di Balairaya Gemereh 4 Batu Badak, 10 mangsa membabitkan dua keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Pogoh Tengah.

"Manakala 29 mangsa membabitkan 3 keluarga ditempatkan di Kompleks Penghulu selain empat mangsa membabitkan sebuah keluarga ditempatkan di Pusat Aktiviti Belia Kampung Tekam," katanya.

Ayub berkata, manakala di Mersing antara kawasan terjejas termasuk Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Baru Jemari, Kampung Sg Muka Dua

dan Kampung Orang Asli Labong dan Kampung Baru Jemari.

Beliau berkata, 72 mangsa membabitkan 21 keluarga ditempatkan di Balairaya Kampung Tenglu Besar, seramai 162 mangsa membabitkan 45 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan.

Menurutnya, 113 mangsa membabitkan 32 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Pengkalan Batu, seramai 313 mangsa membabitkan 96 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Mersing Kanan.

"Manakala seramai 148 mangsa membabitkan 34 keluarga ditempatkan di SK Labong, seramai 28 mangsa membabitkan 8 keluarga ditempatkan Balairaya Kampung Air Merah selain 81 mangsa membabitkan 17 keluarga ditempat kandi Kampung Benaung.

"Laluan Johor Bahru-Kuantan ditutup bagi kenderaan ringan dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Sekakap dan Meta.

"Agensi berkaitan dengan kerjasama pejabat daerah Mersing dan Segamat meneruskan pemantauan di kawasan terjejas," katanya menerusi kenyataan media.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 January 2018 @ 3:28 PM