Skip this ad x


Tahan lasak dan sesuai untuk kaki swafoto. Itulah gambaran kepada dua model baru, Samsung Galaxy A8 dan A8+ yang mula ditawarkan hari ini.

Tiga warna menjadi pilihan iaitu kelabu, hitam dan emas.

Samsung Galaxy A8 dan A8+ mempunyai dwi kamera 16 megapiksel dan 8 megapiksel pada apertur f1.9 yang merakam swafoto lebih jelas dan terperinci.

Kamera utama pula 16 megapiksel selain dilengkapi IP68 yang membolehkannya kalis air dan debu.

Kedua-dua model ini dibezakan dengan saiz, storan, RAM dan kapasiti bateri.


KETUA IT dan Mobile Samsung Malaysia Electronics, Liew Kian Meng (kiri), Presiden Samsung Malaysia Electronics, Yoonsoo Kim dan Pengarah Perniagaan IT dan Mobil Samsung Malaysia Electronics, Yoo Jin Hyun. FOTO NURUL SHAFINA JEMENON

Samsung Galaxy A8 mempunyai skrin 5.6 inci FHD+ Super AMOLED, storan 32GB, RAM 4GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Manakala Samsung Galaxy A8+ pula memiliki skrin 6.0 inci FHD+ Super AMOLED, storan 64GB, RAM 6GB dan bateri berkapasiti 3500mAh.

Samsung Galaxy A8 dan A8+ masing-masing dijual pada harga RM1,799 dan RM2,499.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 5:52 PM