Penguatkuasa AADK Perlis menyerbu dan menahan empat adik-beradik disyaki positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di Kampung Syed Omar, Kangar. FOTO Ihsan AADK
Penguatkuasa AADK Perlis menyerbu dan menahan empat adik-beradik disyaki positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di Kampung Syed Omar, Kangar. FOTO Ihsan AADK
Hafizudin Mohd Safar


SELEPAS tiga beradik perempuan ditangkap kerana menagih dadah, kini giliran empat adik-beradik lelaki pula yang menjadikan rumah mereka di Kampung Syed Omar di Kangar, sebagai sarang penagihan ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, pihak AADK memeriksa keempat-empat suspek yang berusia 17 hingga 30 tahun sebelum menahan mereka selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah.

Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata, penahanan itu hasil intipan daripada maklumat awam dan ketika serbuan mereka didapati dalam keadaan khayal dan ujian menunjukkan mereka positif dadah methamphetamine.

"Ini kali kedua AADK melakukan pemeriksaan di rumah mereka selepas Oktober tahun lalu, yang mana tiga adik-beradik perempuan mereka berusia 18, 25 dan 28 positif dadah sama.

"Serbuan kali ini pula mendapati adik-beradik lelaki pula positif dadah. Seorang daripadanya masih dalam pengawasan AADK Perlis, seorang disyaki baru mula untuk menagih dadah dan dua baru selesai pengawasan, namun tiada dadah ditemui pada mereka," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika serbuan ibu mereka yang berusia lingkungan 60-an turut berada di rumah.

"Ibu mereka seperti sudah pasrah dengan keadaan yang berlaku. Ini berikutan dua anak lelakinya pernah ditahan dan berada dalam pengawasan AADK sebelum ini,”€ katanya.

Azizah berkata, operasi dilakukan 27 pegawai AADK dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia itu, 12 lelaki positif pelbagai jenis dadah turut ditahan di kawasan berasingan di negeri ini.

“€œKita menjalankan operasi sejak pagi kelmarin hingga berakhir malam tadi.

“€œSemua mereka ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 8:20 PM