Salman (kanan) menerima sijil dan piala sebagai pemenang keseluruhan k-novasi Pengajaran dan Pembelajaran UKM ke-3 daripada Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan (dua dari kanan).
Salman (kanan) menerima sijil dan piala sebagai pemenang keseluruhan k-novasi Pengajaran dan Pembelajaran UKM ke-3 daripada Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan (dua dari kanan).
Suliati Asri

Bangi: “Alhamdulillah, sesungguhnya saya tidak menyangka menjadi pemenang keseluruhan untuk Program k-novasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan 4.0: Graduan Kalis Masa Depan kali ketiga ini kerana sasaran saya setiap kali memasuki pertandingan lebih kepada perkongsian ilmu,” kata Salman Firdaus Sidek, 39.

Pensyarah Kursus Senibina dan Organisasi Komputer, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata, menerusi kaedah pembelajaran inovasi yang diketengahkan iaitu Amalan Pembelajaran Teradun Kursus OSK Menerusi Platform MOOC Openlearning, dia mengetengahkan pembelajaran berasaskan permainan.

“Dalam kelas saya, pelajar akan menghasilkan aplikasi permainan pendidikan berkaitan topik yang terpilih dalam kursus diajar. Aplikasi ini juga digunakan pelajar lain untuk memahami topik yang diketengahkan itu.

“Selain itu, pelajar lain pula menghasilkan video pembelajaran yang digunakan rakan lain. Justeru, setiap semester baru, P&P yang digunakan berlainan dan terbaru,” katanya.

“Saya berharap apa yang dihasilkan menerusi Amalan Pembelajaran Teradun Kursus OSK Menerusi Plat-
form MOOC Openlearning ini menjadi contoh dan ikutan pengajar di peringkat tinggi atau rendah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 January 2018 @ 4:28 AM
Digital NSTP Subscribe