Empat parah, dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di hadapan Kolej Tuanku Ja’far, Mantin, Nilai, malam semalam. FOTO ihsan bomba
Empat parah, dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di hadapan Kolej Tuanku Ja’far, Mantin, Nilai, malam semalam. FOTO ihsan bomba
Raja Noraina Raja Rahim


Empat lelaki parah manakala dua beranak cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di hadapan Kolej Tuanku Ja’afar, Mantin, Nilai, malam semalam.

Mereka yang cedera parah ialah pemandu Honda Accord dan Proton Wira serta penunggang dan pembonceng motosikal berusia lingkungan 20-an.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Razak Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.10 malam.

“Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, anggota segera menjalankan operasi mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit di dalam kereta.

“Kedua-dua pemandu kereta dan penunggang serta pembonceng motosikal cedera parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, isteri dan anak lelaki kepada salah seorang pemandu terbabit hanya cedera ringan.

Abd Razak berkata, semua mangsa yang belum dikenal pasti identiti dikejarkan ke Hospital TuankuJa’afar (HTJ) Seremban, untuk rawatan lanjut dan kes diserahkan kepada polis.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2018 @ 12:37 AM
Digital NSTP Subscribe