Noor Hidayah Tanzizi


SEORANG lagi mangsa lemas yang dihanyutkan arus di tali air Peringkat 10, FELCRA Changkat Lada, Seberang Perak dekat Seri Iskandar ditemui pada jam 8.55 pagi, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, Zaiful Affendi Ahmad berkata, Muhammad Raihan Abd Samad, 6, ditemui pasukan penyelamat selepas lebih 10 jam operasi dijalankan sejak semalam.

Ž"Mangsa berjaya ditemui kira-kira 50 meter daripada lokasi abangnya Lokman ditemui petang semalam dan 500 meter dari lokasi dia dikatakan tenggelam," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penemuan mayat mangsa dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut.


Seorang lagi mangsa lemas yang ditemui pagi tadi sudah dibawa ke hospital. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

“€ŽDalam kejadian jam 11.30 pagi semalam, mangsa bersama dua abangnya, Lokman, 20, dan Kamaruddin,18, datang ke tali air itu untuk mandi dan membersihkan badan selepas pulang daripada menahan pukat ikan.

“€ŽDalam kejadian itu, Kamaruddin berjaya menyelamatkan diri, bagaimanapun Lokman yang membawa Muhammad Raihan dibelakangnya lemas,” katanya.

€ŽSebelum itu, mayat Lokman ditemui pasukan penyelamat pada jam 4.50 petang yang dijalankan anggota Balai Bomba danPenyelamat Seri Iskandar dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh.

Berita berkaitan:

[UPDATE] 'Lihat abang, adik tenggelam, terkapai-kapai...'

[UPDATE] Mayat abang dah ditemui, adik belum

Abang, adik terlepas pegangan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 January 2018 @ 11:44 AM