MAYAT lelaki ditemui terdampar tepi jeti nelayan di Pangkalan Rinting, Tampoi. FOTO Ihsan PPM
Mohd Sabran Md Sani


MAYAT lelaki ditemui terdampar di tepi jeti nelayan di Pangkalan Rinting, Tampoi, pagi ini.

Komander PPM Wilayah Dua Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, mangsa warga tempatan berusia 56 tahun itu dipercayai terjatuh dari Sungai Skudai.

Katanya, tiga anggota PPM dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat 9 pagi.

"Maklumat orang awam mengatakan satu mayat lelaki tempatan terdampar di jeti nelayan di Pangkalan Rinting, Tampoi.

"Sebuah bot PAC dalam rondaan Op Gelora diarahkan ke tempat kejadian sebelum menemui mayat lelaki dewasa beralamat di Kampung Batu 6, Skudai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 4:22 PM