Lizam Ridzuan


LEXUS Malaysia pengedar utama kenderaan jenama Lexus di negara ini memperkenalkan secara eksklusif kepada media dua model baru 2018 iaitu Lexus RX 350L dan NX 300 di Petaling Jaya, malam tadi.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover premium itu menawarkan gaya dan fleksibel dalam memenuhi keperluan pemiliknya dalam urusan seharian.

Model RX 350L adalah varian terbaharu menawarkan tujuh tempat duduk yang pertama untuk model RX sejak diperkenalkan 20 tahun lalu dikuasakan dengan enjin 3.5 liter V6 petrol VVT-iW.


LEXUS RXL 300. FOTO Amirudin Sahib

Ia menghemburkan kuasa 289 hp pada 6,300 rpm dan tork 358 Nm pada 4,600 rpm dengan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sports S dan Eco.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga bermula RM475,000 (atas jalan tanpa insurans) dengan tujuh pilihan warna.

Lexus NX 300 adalah model yang dikuasakan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo twin-scroll dengan ciri luaran dan dalaman terkini seperti lampu hadapan LED, rim aloi 18 inci serta skrin maklumat dan multimedia bersaiz 10.3 inci.


LEXUS NX 300. FOTO Amirudin Sahib

Ia menjana kuasa 235 hp pada 4,500 hingga 5,600 rpm dan tork 350 Nm pada 1,650 hingga 4,000 rpm serta kelajuan maksimum sehingga 210 kilometer/sejam (km/j) .

Untuk pasaran Malaysia NX 300 didatangkan dalam empat varian dijual pada harga bermula daripada RM311,900 (Urban) RM329,800 (Premium), RM387,900 (F Sport) dan RM397,800 (Hibrid).

Kedua-dua model bakal berada dalam pasaran pada Februari 2018 dan tempahan dibuka bermula hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 12:12 AM