GURU SK Tohoi bersama murid Orang Asli di Pos Simpor yang akan bersekolah semula.
Ramli Ibrahim

Gua Musang: Ibu bapa 60 murid Orang Asli di enam kampung di Pos Simpor di sini, yang tidak membenarkan anak mereka belajar di Sekolah Kebangsan (SK) Tohoi, lebih dua tahun lalu bersetuju menghantar semula anak mereka ke sekolah itu, semalam.

Daripada jumlah itu, 30 murid melaporkan diri di SK Tohoi jam 7 pagi semalam, manakala baki 30 lagi akan hadir ke sekolah Ahad ini selepas diangkut keluar dan tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Mereka dari Kampung Penad, Jader, Sedal, Dandut, Rekom dan Kampung Halak tidak hadir ke sekolah selepas kejadian lebih dua tahun lalu yang membabitkan tujuh murid lari dari asrama sekolah dan lima daripadanya ditemui mati serta dua selamat.

Penghulu Pos Simpor, Abong Lehya berkata, peristiwa kehilangan tujuh murid Orang Asli yang lari dari asrama sekolah lebih dua tahun lalu memberi tekanan kepada ibu bapa masing-masing.

Katanya, peristiwa berkenaan semakin dilupakan dan anak mereka juga dibenarkan hadir ke sekolah bermula semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 3:22 AM