KEADAAN kereta yang dirempuh Ducati Panigale. FOTO Rosli Ilham


KONTRAKTOR binaan kritikal selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya merempuh belakang kereta di Kilometer 76.2, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat ibu sawat Telekom Malaysia, di Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Mohd Hafizi Wan Jusoh, 35, dilaporkan kritikal selepas parah di kepala dan dada selain mengalami kecederaan dalaman.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta lelaki di lorong kanan tiba-tiba menukar arah ke lorong kiri.

Mangsa yang menunggang Ducati Panigale 1300cc yang berada di belakang gagal mengelak lalu merempuh belakang kereta terbabit menyebabkannya tercampak di atas jalan.

Mangsa kemudian dikejarkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bebrapa rakan lain dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Balai Besar, Dungun, sekembali daripada menyertai konvoi dari Hulu Terengganu.

Sementara itu, Pegawai APM Dungun, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahib berkata, empat anggota APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 3.35 petang.

"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun untuk diberikan rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 7:05 PM