Fardy Bungga


DUA jurutera, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan seorang kontraktor yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 22 Januari lalu dibebaskan, hari ini.

Mereka berusia 37 hingga 58 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan nilai suapan lebih RM3 juta.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan jaminan RM100,000 dengan deposit RM20,000 terhadap kontraktor berkenaan, manakala Pemangku Timbalan Pengarah JKNS dan seorang jurutera masing-masing dikenakan ikat jamin RM100,000 tanpa deposit.

Manakala, seorang lagi jurutera dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa deposit.

Prosiding dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basirudin, manakala semua suspek diwakili peguam Ronnie Cham, Sugumar Balakrishnan, Luke Resa Balang dan Edward Paul.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan jumlah wang yang dibekukan dalam siasatan kes adalah sebanyak RM5.3 juta.


Pegawai SPRM membawa individu yang ditahan untuk siasatan kes rasuah JKNS ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini. FOTO Khairull Azry Bidin

Jumlah itu meliputi wang tunai di peti keselamatan dan wang yang disimpan dalam beberapa akaun bank milik beberapa suspek.

SPRM juga sudah mendaftarkan 'kavaet' untuk menyekat hak milik beberapa hartanah termasuk rumah di Johor, Kuala Lumpur dan Sabah daripada tukar milik.

Kebanyakan projek disiasat berkaitan penyelenggaraan landasan dan kereta api termasuk peruntukan kecemasan dengan ada antaranya tidak dilaksanakan.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan

href="https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/307742/jumpa-rm16-juta-pula">Jumpa RM1.6 juta pula

Jumpa RM1.6 juta pula

Akaun + peti simpanan = RM5.3 juta

Kenyang makan rasuah

Empat direman kes rasuah projek kereta api

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 11:57 AM