SUSPEK utama kes pembunuhan Juruteknologi Pergigian, Mahussin Abd Rahim, 28, di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut, Port Dickson, 22 Januari lalu akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis memiliki bukti kukuh berhubung kejadian itu dan menganggap kes itu sudah selesai selepas suspek utama berusia 19 tahun itu ditahan bersama motosikal serta topi keledar milik mangsa di rumah di Skudai, 30 Januari lalu.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga esok.

Akhbar pada 23 Januari lalu melaporkan Mahussin ditemui mati di sebuah bilik oleh rakan sekerjanya selepas dia tidak kelihatan selama 72 jam.

Hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban mengesahkan mangsa dibunuh berikutan terdapat kesan hentakan pada kepalanya menggunakan objek keras.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berita berkaitan:

Lelaki diburu tertangkap [METROTV]

Motosikal si mati ada pada suspek

'Sepandai-pandai tupai melompek...'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2018 @ 1:59 PM