Norfazilah dan Rosmizan bersama anaknya, Muhammad Daniel (kanan) dan Muhammad Danish (kiri) yang menghidap penyakit dan sawan tarik sejak berusia empat dan lima bulan. FOTO Azhar Ramli
Muhammad Mustakim Ramli


“€œKami sekeluarga reda, walaupun along dan adik sakit, mereka tetap anak kami, anak syurga kami,” kata Norfazilah Abdullah, ibu kepada dua anak yang menghidap cerebral palsy (CP) dan sawan tarik.

Ibu berusia 31 tahun itu mengakui, dia dan suami, Rosmizan Ab Rahim, 36, bimbang mengenangkan nasib Muhammad Danish Haikal, 10, yang dipanggil along dan Muhammad Daniel Hakim, 3, yang disapa dengan sebagai adik andai mereka berdua ditakdirkan pergi dulu.

“€œNak tambah anak pun kami sudah fikir secara mendalam, takut along dan adik terabai.. inikan pula jika kami tiada. Siapalah yang akan menjaga mereka berdua.

“€œKami reha dengan keadaan mereka berdua yang tidak akan sembuh dan normal seperti orang lain,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya di Kampung Tengah dekat Kuala Perlis, di Kangar, hari ini.

Norfazilah berkata, kedua-dua anaknya itu dikesan menghidap CP pada usia empat dan lima bulan, sedangkan sebelum itu mereka normal dalam kandungan dan semasa dilahirkan.

“€œMereka mengalami sawan tarik berbelas kali sehari dan ada masanya sehingga 25 kali sehari. Tempoh tarik itu tidak lama dalam dua, tiga minit tetapi selang 15 minit kemudian jadi semula,” katanya.

Dia berkata, lebih meruntun jiwa apabila ada ketika kedua-dua beradik berkenaan menangis tanpa henti sehingga 12 jam.

“€œMalah waktu tidur mereka juga tidak menentu, ada masanya malam berjaga, jadi saya dan suami perlu memantau mereka setiap masa bagi mengelak kejadian tidak diingini,”€ katanya.

Selain itu, Rosmizan dan Norfazilah juga berpotensi mendapat anak yang mempunyai penyakit yang sama sekiranya mereka merancang untuk menambah anak.

“€œSetakat ini pakar hanya mengatakan CP tetapi juga berkemungkinan ada simptom lain berikutan dua anak kami mengalami masalah yang sama kerana mengikut kes hanya seorang saja dalam keluarga mengalami penyakit seperti ini.

“œSampel darah kami sekeluarga sedang dikaji di Belanda untuk mengesan penyakit sebenar anak kami, jika mendapat maklum balas positif saya boleh merancang anak ketiga dan bebas dari penyakit berkenaan.

“€œJika tidak, anak yang bakal dilahirkan berkemungkinan besar mempunyai penyakit sama. Ini kerana anak kedua kami ketika dalam kandungan dijaga dengan rapi, namun selepas berusia lima bulan dia mengidap penyakit yang sama seperti abangnya,” katanya.

Norfazilah terpaksa berhenti kerja berikutan keadaan kesihatan anak-anaknya itu dan segala keperluan mereka sekeluarga kini ditanggung suaminya yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan secara harian.

“€œGaji tidak menentu sebulan sekurang-kurangnya enam kali ke hospital, bukan satu hospital tetapi tiga hospital, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan Hospital Pulau Pinang.

“€œSetakat ini kami mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan. Malah baru-baru ini kami turut menerima bantuan daripada Muslim Care Malaysia,” katanya.

Dia mengakui memerlukan bantuan bagi menyiapkan rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman ibu bapanya demi keselesaan anaknya.

“€œRumah sekarang ini mempunyai tangga dan menyukarkan kami menguruskan ke bilik air selain membawa mereka ke hospital dan difahamkan pihak Muslim Care Malaysia akan membantu membina rumah kami,” katanya yang turut mengakui memerlukan kerusi khas untuk kegunaan anak keduanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan menerusi akaun Muslim Care Malaysia iaitu akaun Bank Islam 14 0140 1014 7470; Bank Muamalat 14 0100 0765 4717 dan Maybank 5644 9041 3882.

Mereka yang menghulurkan menghantar slip salinan sumbangan kepada pegawai Muslim Care Malaysia di talian 016-997 8323; 013-488 6447 dan 017-333 3881.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2018 @ 10:29 PM