AHMAD Fauzi (tengah) memeriksa kualiti ayam di Pasaraya NSK Trade City Rawang Jaya.
HM Digital

Rawang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan dikuatkuasa mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018.

Antara barangan disenaraikan mengikut skim yang dikuat kuasa pada 10 Februari lalu hingga 21 Februari depan ialah ayam, telur, bawang putih dan ikan bawal putih.

Pengarah KPDNKK Ahmad Fauzi Idris berkata, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut permintaan dan kesesuaian masa.

Beliau berkata, ia bagi memastikan harga ditetapkan berpatutan menerusi rantaian pengedaran seterusnya memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga.

“Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan di 91 daerah dan kawasan di Semenanjung, 31 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2018 @ 5:16 AM