MAYAT lima lelaki yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Muda ketika melarikan sewaktu serbuan ke atas pusat judi sabung ayam di Tanah Licin, Kuala Ketil, Baling pada Jumaat lalu, ditemui terapung hari ini.

Dalam kejadian pada 9 pagi, mayat berkenaan ditemui terapung dan tersangkut di pukat oleh orang awam lalu memaklumkan kepada pihak polis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil ke lokasi untuk membantu mengeluarkan kesemua mayat bagi dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.


ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui, hari ini. Laporan portal berita Harian Metro, sebelum ini (gambar kecil). FOTO Omar Osman

Difahamkan, penemuan mayat itu mempunyai kaitan dengan tindakan sekumpulan kaki judi bertempiaran lari ketika polis membuat serbuan ke atas pusat judi sabung ayam terbesar di utara di dalam ladang kelapa sawit berkenaan.

Berita berkaitan

Kaki judi kena cekup

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2018 @ 3:13 PM