X
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat melakukan pemantauan mencari mangsa lemas di tebing sungai ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemancing dihanyut arus di Sungai Gasi, Sungai Buloh. FOTO Syarafiq Abd Samad
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat melakukan pemantauan mencari mangsa lemas di tebing sungai ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemancing dihanyut arus di Sungai Gasi, Sungai Buloh. FOTO Syarafiq Abd Samad
Fazrik Kamarudin


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) pemancing dihanyut arus di Sungai Gasi, Sungai Buloh, diteruskan, pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor di lokasi kejadian, operasi dijalankan dua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan dua bot untuk mencari mangsa.

“Kedua-dua pasukan berkenaan sudah sampai ke kawasan sungai di Saujana Utama, Puncak Alam, kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

“Operasi tertumpu di sepanjang tebing sungai sehingga ke Kuala Selangor dengan beberapa 'check point' di Jambatan Merbau Sempak, Jambatan Kubu Gajah dan kawasan perangkap sampah di Bestari Jaya serta Kuala Selangor,” katanya.

Sehingga kini, dua mangsa sudah ditemui daripada enam mangsa yang dilaporkan hilang.

Mangsa pertama ditemui 9.50 malam kira-kira 8.2 kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa kedua ditemui pada 1.26 pagi, kira-kira satu kilometer daripada lokasi mangsa pertama dijumpai.

Pengarah JBPM Selangor, Azmi Osman dijangka akan mengadakan sidang media pada 9 pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, sekumpulan pemancing dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras sungai berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh.

Berita berkaitan:

[UPDATE] Jumpa mayat mangsa kedua

70 anggota cari 4 mangsa

Jumpa 7km dari lokasi hanyut

Terjun sungai, cuba selamatkan isteri

2 wanita antara 5 dikhuatiri lemas

7 pemancing dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 10:10 AM
Digital NSTP Subscribe