AHLI keluarga mangsa menunggu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh yang menempatkan mangsa lemas di Kampung Paya Jaras. FOTO Zunnur Al Shafiq
Faris Fuad dan Nur Afiradina Arshad


“MANGSA seorang anak yang baik dan sentiasa mendengar kata ibu bapanya".

Demikian reaksi bapa saudaranya yang ingin dikenali sebagai Mukhlisin, 24, ketika ditanya mengenai perwatakan arwah

Jamaluddin Rapawi, 14, yang lemas di Sungai Gasi, Sungai Buloh, semalam.

Mukhlisin berkata, dia mendapat berita insiden berkenaan menerusi media sosial dan terus menghubungi ahli keluarga lain untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Terkejut, sedih dan sebak ketika menerima berita berkenaan, perasaan itu masih dirasai hingga ke saat ini.

"Saya berjumpa dengan arwah dua hari lalu, ketika itu dia nampak ceria, tidak sangka itu pertemuan terakhir dengannya," katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Jamaluddin antara dua mangsa yang ditemui oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor selepas dihanyut arus deras di sungai berkenaan, semalam.

Terkini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang dihanyut arus berkenaan diteruskan dengan jarak pencarian diperluaskan sehingga 20 kilometer.

Sementara itu, berikut adalah senarai nama mangsa tragedi dihanyut arus deras Sungai Gasi, Sungai Buloh.

Mangsa yang ditemui dan disahkan meninggal dunia:

Jamaluddin Rapawi, 14 tahun

Hashir (warga Indonesia), 38 tahun

Mangsa yang masih hilang:

Jeleha Hashim, 48 tahun

Silawati Zailan, 31 tahun

Rapawi Jumaada, 37 tahun

Mangsa yang terselamat:

Syamsul Azhar Maula Ismail, 33 tahun

Taib Asik, 31 tahun

Rizal Mad Desa, 31 tahun

Berita berkaitan:

'Tunggu sini sampai jumpa kakak'

Pencarian diteruskan

[UPDATE] Jumpa mayat mangsa kedua

70 anggota cari 4 mangsa

Jumpa 7km dari lokasi hanyut

Terjun sungai, cuba selamatkan isteri

2 wanita antara 5 dikhuatiri lemas

7 pemancing dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 11:48 AM