USMAN Shafie (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Siti Norhidayatidayu Razali
USMAN Shafie (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu. FOTO Siti Norhidayatidayu Razali
Siti Nor Hidayatidayu Razali


PELAJAR tahfiz warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas kesalahan mencabul remaja lelaki di bawah umur, bulan lalu.

Tertuduh, Usman Shafie, 22, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh secara seksual kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang juga pelajar tahfiz dengan mencium bibir dan menyentuh kemaluan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sekolah tahfiz di Pasir Puteh pada 11 malam 24 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2018 @ 1:17 PM