Sultan Ibrahim bersama Lim (enam dari kiri) dan Tee (tujuh dari kanan) menggaul Yee Sang.
HM Digital

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat menyertai kira-kira 3,000 rakyat negeri itu menyambut perayaan Chap Goh Mei anjuran Iskandar Waterfront Holdings Group (IWHG) di Pusat Konvensyen Danga di sini, semalam.

Baginda yang tiba jam 11.15 pagi meluangkan masa kira-kira sejam dalam majlis yang diserikan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Cina, persembahan gendang serta nyanyian artis jemputan.

Ketibaan baginda disambut Naib Pengerusi Eksekutif IWHG Tan Sri Lim Kang Ho dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong.

Hadir sama Datuk Bandar Johor Bahru Amran A Rahman dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyertai Lim, Siew Kiong serta tetamu kenamaan untuk bersama-sama menggaul Yee Sang sebagai acara simbolik menyambut Tahun Baru Cina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Mac 2018 @ 5:24 AM