Olivia Miwil
olivia@nstp.com.my

JABATAN Meteorologi Sabah merekodkan tiga gempa susulan sejak gempa bumi dengan magnitud 5.2 skala Richter melanda Ranau, malam tadi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Azemi Daud berkata, gegaran itu direkodkan oleh jabatan berkenaan sejak gempa pertama yang berlaku pada jam 9.06 malam tadi.

"Sehingga pagi ini, tiga gempa susulan yang ketara dengan kekuatan sekitar 3 skala Richter," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Dua gempa susulan dengan magnitud 2.8 dan 3.2 skala Richter dirasai pada pukul 9.27 malam dan 10.28 malam tadi, manakala yang ketiga dicatatkan pada 8.09 pagi dengan kekuatan 3.1 skala Richter.

Gempa bumi pertama itu yang gegarannya dirasai selama 10 saat adalah yang paling kuat sejak gempa bumi dengan kekuatan 5.9 skala Richter pada 2015 yang kemudian disertai lebih 100 gegaran beberapa bulan selepas itu.

Berita berkaitan

Katil bergegar di Laban Rata

[UPDATE] Pendaki Gunung Kinabalu selamat turun

130 pendaki turun malam ini

'Rumah bergegar, lampu bergoyang'

Ini gegaran baru

Gempa bumi melanda lagi...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Mac 2018 @ 1:02 PM