ANTARA pendaki yang tiba di Timpohon Gate semasa operasi menurunkan pendaki dari Laban Rata berikutan gegaran yang berlaku semalam. FOTO Lano Lan
Junaidi Ladjana


“SANGAT menakutkan apabila semua penghuni di penginapan Laban Rata berlari keluar dari bangunan."

Demikian diceritakan remaja warga Perancis, Hugo Rolland, 15, pendaki yang selamat dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.2 berpusat di Ranau 9.06 malam tadi.

Menurutnya ketika kejadian, dia bersama tiga rakannya hendak tidur sebelum dijadual meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu, pada 2 pagi.

"Tiba-tiba katil bergegar menyebabkan kami berempat keluar. Keadaan sangat menakutkan.

"Saya hanya menyedari berlaku gempa bumi selepas selamat keluar dari penginapan. Situasi begini tidak biasa berlaku. Kami ke sini untuk bercuti, dan syukur semua selamat" katanya.

Rolland yang pertama kali mendaki Gunung Kinabalu berkata, walaupun gagal naik sehingga puncak, ia tidak mematahkan semangatnya menawan puncak Kinabalu.

"Kali ini kami tidak dapat naik ke puncak, mungkin lain kali," katanya.

Rakannya Chloe Brethes, 14, turut menggambarkan kejadian gempa bumi sangat menakutkan apabila semua penghuni lari tanpa mengetahui apa yang hendak dibuat.

"Kami kemudian diminta berkumpul di kawasan helipad sebelum dimaklumkan untuk segera turun ke Pondok Timpohon," katanya.

Sementara itu, pendaki warga Korea Selatan, Tong Il Seo, 61, berkata ia adalah pengalaman pertamanya melarikan diri dari bencana, namun lega kerana semuanya sudah berakhir.

Berita berkaitan

Terima kasih abang bomba

Tiga gegaran susulan

Katil bergegar di Laban Rata

[UPDATE] Pendaki Gunung Kinabalu selamat turun

130 pendaki turun malam ini

'Rumah bergegar, lampu bergoyang'

Ini gegaran baru

Gempa bumi melanda lagi...

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Mac 2018 @ 3:33 PM