GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin
cnews@nstp.com.my


LALUAN komuter antara Stesen Bangi ke Stesen Batang Benar ditutup sementara bagi kedua-dua landasan akibat banjir kilat.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini memaklumkan laluan KL Sentral ke Pulau Sebang hanya akan beroperasi sehingga ke Stesen Batang Benar sahaja dan berpatah balik.

"Bagi laluan Pulau Sebang ke KL Sentral pula, perkhidmatan tren komuter hanya beroperasi sehingga Stesen Bangi sahaja dan berpatah balik.

"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa. Untuk maklumat lanjut, sila layari twitter KTMB di @ktm_berhad atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Mac 2018 @ 6:43 PM