Najib dan Rosmah bersama Musa (tiga kanan) dan Abang Johari (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Saluran TV Baharu RTM menerusi TV OKEY di Kota Kinabalu. FOTO Malai Rosmah Tuah
Suzianah Jiffar dan Olivia Miwil
cnews@nstp.com.my

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pelancaran saluran baharu RTM menerusi TV OKEY memberi lebih banyak ruang untuk menyiarkan mesej yang lebih berkesan menerusi bahasa tempatan Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, ini kerana selain menggunakan bahasa kebangsaan, penggunaan bahasa tempatan dilihat antara cara berkesan untuk menyampaikan apa juga mesej kepada rakyat.

“€œDi Sabah sahaja, kita mempunyai lebih 52 etnik manakala Sarawak 27 etnik dengan 50 bahasa.

"Jika sebelum ini kaum Kadazan dan Iban hanya boleh dengar berita dua kali sehari melalui RTM dan kumpulan lain tiada peluang. œBagaimanapun, dengan adanya saluran baharu ini, lebih banyak program menggunakan bahasa kaum lain seperti Dusun dan Bajau diketengahkan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan TV OKEY di Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak serta menteri Kabinet Sabah dan Sarawak.

Najib berkata TV OKEY mampu meningkatkan hubungan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat serta membangunkan industri kreatif di Sabah dan Sarawak.

“€œTV OKEY mampu membangunkan industri kreatif di Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri ini kaya dengan khazanah yang boleh diketengahkan menerusi industri itu.

“€œSaluran baharu ini juga memberi tumpuan kepada masyarakat akar umbi di Sabah dan Sarawak untuk menyampaikan apa juga dalam isi hati rakyat kepada pemimpin.

“€œDisebabkan itu, saya tertarik dengan nama saluran baharu ini - OKEY. Bagi kita apa yang penting rakyat rasa okey, jadi kita pun akan rasa okey,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata industri kreatif adalah salah satu daripada Projek Permulaan (EPP) menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yangmensasarkan peluang sebanyak 10,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan sasaran pendapatan RM3.04 bilion.

Terdahulu, Salleh yakin kemunculan TV OKEY itu mampu menerokai khazanah dan potensi industri kreatif di Sabah serta Sarawak.

“€œIa juga landasan yang kukuh dalam usaha penyatuan dan kestabilan negara.

“Adalah menjadi harapan agar TV OKEY dapat memenuhi elemen penting yang ada di dalamnya iaitu memberikan Opportunity (Peluang), Knowledge (Ilmu), Experience (Pengalaman) dan semua ini dibuka seluas-luasnya untuk anda (Yours).

“€œKandungan dan perisian TV OKEY direka dengan begitu teliti, agar ia mampu memenuhi citarasa penontonnya. Ia juga dibentuk untuk disesuaikan dengan penyiaran TV digital yang akan dimulakan tidak lama lagi, apabila berlakunya peralihan daripada siaran analog kepada digital,” katanya.

Saluran TV OKEY boleh diikuti di platform Astro 109 dan MyFreeview 110 serta di aplikasi RTM mobile.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Mac 2018 @ 10:17 PM