FOTO hiasan
FOTO hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


LELAKI warga Bangladesh maut, manakala dua lelaki warga Nepal cedera dalam pergaduhan di Jalan TSB 10A, Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu, mangsa dikatakan terbabit pergaduhan dengan dua lelaki warga India, dua lelaki warga Nepal dan lebih 10 lelaki warga Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa cedera di kepala kerana terjatuh ke dalam longkang di lokasi dipercayai ditolak oleh salah seorang lelaki warga Nepal.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Dua lelaki warga Nepal turut cedera di kepala dan badan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Mac 2018 @ 10:19 AM