PAIP pecah menyebabkan kesesakan hampir lima kilometer di Lebuhraya MRR2 berhampiran Dataeran Ukay. FOTO ihsan ITIS DBKL
Mohd Azam Shah Yaacob


KESESAKAN teruk hampir lima kilometer di laluan Lebuhraya MRR2 dari arah Ulu Klang ke Ampang ekoran kejadian paip pecah berhampiran Dataran Ukay, hari ini.

Jurucakap sistem maklumat pengangkutan bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, paip pecah berkenaan menyebabkan laluan tiga lorong MRR2 berhampiran Dataran Ukay ditenggelami air.

Paip berkenaan dipercayai pecah di tapak pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) kira-kira 5 pagi.

Ia turut menyebabkan lorong kiri laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Sehingga 9.30 pagi tadi, laluan berkenaan masih dipenuhi air dan kebanyakan pengguna terpaksa meredah air yang bertakung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Mac 2018 @ 9:58 AM