LELAKI ditemui rentung dalam Perodua Myvi di Jalan Ranau - Tamparuli berhampiran Kampung Tomis, Tamparuli, Tuaran, selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar. FOTO ihsan pembaca
Recqueal Raimi


LELAKI ditemui rentung dalam kereta Perodua Myvi di Jalan Ranau - Tamparuli berhampiran Kampung Tomis, Tamparuli, Tuaran, har ini.

Difahamkan, kenderaan terbabit terbakar pada 5 pagi, namun bomba hanya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak polis susulan aduan orang awam pada 8 pagi.

Setakat ini, identiti mangsa ditemui rentung pada bahagian tempat duduk pemandu itu masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal identiti mangsa, selain menyiasat sama ada kejadian itu mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Qawie Gapar, berkata sejurus menerima panggilan, lima anggota dihantar ke ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari balai bomba.

“Sebaik tiba pada 9.43 pagi, kami kereta Perodua Myvi terbakar 100 peratus dengan seorang mangsa rentung di bahagian tempat duduk pemandu.

“Anggota bomba seterusnya mengeluarkan mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada 9.55 pagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 April 2018 @ 2:17 PM