FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


POLIS menjejaki seorang lelaki berusia 30-an yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada dua pelajar sebuah sekolah menengah di Desa Cempaka di Nilai, Rabu dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, berdasarkan laporan yang diterima, suspek menggunakan taktik menghampiri pelajar perempuan dan berpura-pura mahu bertanyakan sesuatu.

"Suspek kemudian melondehkan seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar terbabit. Selepas melakukan perbuatan tidak senonoh itu, suspek melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal berwarna kuning.

"Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika mangsa pulang dari sekolah," katanya, hari ini.

Zaldino berkata, orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai Asisten Superintendan Rashid Kassim di talian 012-5183594.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 April 2018 @ 6:49 PM