Norrasyidah Arshad


SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini, bagi memberi peluang kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan.

Istiadat pembubaran disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, dalam satu istiadat ringkas sebentar tadi.

Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor setebal 12 muka surat.


SULTAN Selangor Sultan Sharifuddin Idris berkenan menandatangani watikah Pengisytiharan Pembubaran Dewan Negeri Selangor untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Balai Dewan Di Raja, Istana Alam Shah, Klang. Turut berangkat hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. FOTO Roslin Mat Tahir

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon perkenan pembubaran DUN Selangor.

Yang turut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya serta barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 11:27 AM