ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran bangunan dalam pembinaan. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Mohamed Basyir


PEMANDU kren teperangkap pada tingkat 46 bangunan dalam binaan yang terbakar di tapak pembinaan perumahan mampu milik di Tanjung Tokong, hari ini.

Kebakaran itu dipercayai bermula pada tingkat enam satu daripada dua blok dalam pembinaan pada 5.30 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, usaha menyelamatkan pemandu kren itu sendang dijalankan.

"Kebakaran dapat dikawal pada 7.15 malam tadi. Usaha membawa turun mangsa yang terperangkap sedang dijalankan," katanya.

Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 11:06 PM