Nur Saliawati Salberi

Melaka: Seorang lelaki yang ditahan di sebuah rumah di Tanjung Kling, awal bulan ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam, atas tuduhan memiliki 108 bungkus cecair ketum.

Mohd Abdul Ghani [email protected] Ismail, 31, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 16 Mei depan bagi menetapkan hukuman.


MOHD Abdul Ghani Bakar @ M Ismail (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Akta Racun 1952 kerana didapati memiliki 108 bungkus plastik cecair ketum mengandungi mitragynine dengan isi padu kasar 108 liter.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di rumah di Kampung Kelongkong, Tanjung Kling, jam 1 tengah hari, pada 4 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 April 2018 @ 9:59 AM