Nur Izzati Mohamad
cnews@nstp.com.my


POLIS marin sanggup terjun dari Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah (JAHMS), Georgetown, demi menyelamatkan wanita yang disyaki cuba bunuh diri.

Wanita berusia 28 tahun itu dipercayai cuba bunuh diri dengan bertindak terjun dari jambatan terbabit sebaik meletakkan kenderaan dipandunya di Kilometer 9.9 jambatan.

Bagaimanapun, perbuatannya disedari pekerja yang membuat tugas rondaan di atas jambatan itu dan menghubungi pasukan bomba bagi menyelamatkan mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi memaklumkan mengenai insiden itu.

"Mangsa kemudian berjaya diselamatkan dengan bantuan nelayan, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Operasi menyelamat tamat sekitar 12.11 tengah hari tadi," katanya.

Video insiden itu tular di media sosial dan menjadi bualan netizen untuk mengetahui punca wanita itu bertindak sedemikian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 April 2018 @ 5:15 PM
ANGGOTA bomba dan penyelamat bersama nelayan dapat meneyelamatkan seorang wanita yang dipecayai cubaan bunuh diri terjun dari Jambatan kedua di KM 9.9, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang. FOTO Ihsan Bomba