ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian lelaki maut akibat dipukul di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur, malam tadi. FOTO Fazrik Kamarudin
ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian lelaki maut akibat dipukul di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur, malam tadi. FOTO Fazrik Kamarudin
Fazrik Kamarudin


LELAKI maut dipercayai akibat dipukul di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mangsa berusia 53 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kita terima laporan mengenai kejadian itu pada 7.30 malam dan selepas pasukan forensik tiba di lokasi, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati ada kecederaan parah dipercayai akibat dipukul di bahagian belakang kepala.

“Motif kejadian masih disiasat, kita sedang kenal pasti suspek, setakat ini pihak polis percaya ada petunjuk untuk mengesan suspek.

“€œBerdasarkan semakan awal, mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan kes dadah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Roy berkata, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 April 2018 @ 12:27 AM