SEBAHAGIAN pemilik rumah pelangi di Kampung Sungai Budor.
SEBAHAGIAN pemilik rumah pelangi di Kampung Sungai Budor.
HM Digital

Kota Bharu: Enam rumah yang dicat dengan warna pelangi sejak dua bulan lalu, menyebabkan Kampung Sungai Budor, di sini, secara tiba-tiba menjadi tarikan pelancong.

Kampung berkenaan menjadi tumpuan apabila gambar rumah terbabit menjadi tular di laman sosial, malah keceriaan warna rumah itu dapat dilihat dari jauh sama ada oleh orang yang menelusuri Sungai Kelantan mahupun melalui udara kerana rumah dicat termasuk pada bahagian atap.

Idea menarik itu dilakukan Pertubuhan Prihatin Wanita Kelantan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk mengubah kampung itu menjadi tarikan pelancong, sekali gus menghasilkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.

Yang Dipertua Pertubuhan Wanita Prihatin Kelantan Zarina Md Eusope berkata, enam daripada 250 rumah dicat dengan warna pelangi bagi menceriakan kawasan sekitar dan menarik perhatian pelancong.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 April 2018 @ 3:53 AM