Nor Azizah Mokhtar; Teoh Pei Ying; Nurul Hidayah Bahaudin dan Fazrik Kamaruddin


JENAZAH pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, dijangka dikebumikan di Kuala Lumpur, esok.

Ketua Jabatan Sumber Manusia UniKL BMI Arafiah Aman berkata, jenazah Fadi dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda.

Katanya, jenazah mangsa akan dibawa ke surau Medan Idaman untuk disembahyangkan selepas selesai bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi tadi, mangsa ditembak mati ketika berjalan ke surau di luar Kondominium Idaman Puteri di Jalan Meranti, Medan Idaman, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dUa suspek dipercayai menunggu kira-kira 20 minit untuk mangsa keluar dari kondominium terbabit sembelum menembak mati mangsa.

Berita berkaitan

‘Dr Fadi suka layan kerenah penuntut’

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

‘Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman’

Mufti doa Fadi dapat syahid

Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

‘Arwah biasa jadi imam’

Penembak tunggu 20 minit

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 April 2018 @ 9:40 PM