Muhd Amirul Faiz Ahmad dan Ekhwan Haque Fazlul Haque
cnews@nstp.com.my


BARISAN Nasional (BN) Sarawak mengumumkan 16 penyandang kerusi dikekalkan, manakala 15 muka baharu dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, enam muka baharu ditampilkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dengan Ketua Pemuda PBB Piasau, Lukanisman Awang Sauni menjadi calon termuda, pada usia 36 tahun di Parlimen Sibuti.

Lukanisman sebelum ini adalah Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Miri menggantikan Datuk Ahmad Lai Bujang yang digugurkan atas faktor kesihatan.

Muka baharu lain yang ditampilkan PBB ialah Genot @ Jeannoth Sinel di Parlimen Puncak Borneo menggantikan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit, yang minta direhatkan, juga atas sebab kesihatan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Robert Lawson Chuat bertanding di Parlimen Betong sebagai konsensus pertukaran kepada Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mengambilalih kerusinya DUN Bukit Saban pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Pengunduran Datuk Norah Tun Abdul Rahman Ya'akub di Parlimen Tanjong Manis, juga atas alasan kesihatan menyaksikan PBB menamakan jurutera perunding, Yusuf Abd Wahab, sebagai penggantinya.

Parlimen Igan pula menyaksikan pengguguran penyandang kerusi itu, Datuk Abdul Wahab Dollah, yang digantikan usahawan, Ahmad Johnie Zawawi.

PBB turut mencalonkan muka baharu wanita tunggalnya, Datuk Haniffah Hajar Taib-Alsree, anak bongsu Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, yang akan bertanding di kerusi Parlimen Mukah.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Mohd Leo Michael Toyad, yang sebelum ini menyatakan hasrat mahu berundur sejak mewakili kawasan itu sejak 1982.

Parti Progresif Demokratik (PDP) pula menampilkan jurutera, Subeng Mula sebagai calon baharu mereka di Parlimen Saratok, menggantikan Tan Sri William Mawan Ikom, yang kini menyertai PBB.

Yang pasti, tanggungjawab menanti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) apabila menggalas misi untuk merampas sekurang-kurangnya dua atau tiga kerusi yang kini ditawan pembangkang.

Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian bertanding di Parlimen Stampin, manakala

Setiausaha Agung SUPP, yang juga ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting memikul cabaran itu dengan bertanding kali kedua di kerusi Parlimen Miri.

ADUN Repok, Samuel Huang pula dipertaruhkan untuk merampas kerusi Parlimen Sarikei.

Parlimen Bandar Kuching pula menyaksikan SUPP menamakan calon wanita, Kho Teck Wan manakala Parlimen Lanang menyaksikan kelibat calon muda, Kelvin Kong.

Anak kepada Datuk Seri Dr Wong Soon Koh pula dinamakan calon BN-SUPP untuk merampas Parlimen Sibu.

Dua calon Parti Rakyat Sarawak (PRS), Rita Sarimah Insol (Selangau) dan Robert Pasang Alam (Lubok Antu) menjadi kelompok terakhir memasuki senarai, selepas kedua-dua penyandang kerusi dipecat dari parti itu kelmarin.

Berikut senarai Calon Barisan Nasional (BN) Sarawak

1. P192 Mas Gading

Datuk Nogeh Gumbek

BN - PDP

2. P193 Santubong

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

BN - PBB

3. P194 Petra Jaya

Datuk Seri Fadillah Yusof

BN - PBB

4. P195 Bandar Kuching*

Kho Teck Wan

BN-SUPP

5. P196 Stampin*

Datuk Dr Sim Kui Hian

BN- SUPP

6. P197 Kota Samarahan

Rubiah Wang

BN - PBB

7. P198 Puncak Borneo*

Genot @ Jennoth Sinel

BN - PBB

8. P199 Serian

Datuk Seri Richard Riot Jaem

BN-SUPP

9. P200 Batang Sadong

Datuk Seri Nancy Shukri

BN - PBB

10. P201 Batang Lupar

Datuk Seri Rohani Abdul Karim

BN - PBB

11. P202 Sri Aman

Datuk Masir Kujat

BN-PRS

12. P203 Lubok Antu*

Robert Pasang Alam

BN - PRS

13. P204 Betong*

Robert Lawson Chuat

BN - PBB

14. P205 Saratok*

Subeng Mula

BN-PDP

15. P206 Tanjong Manis*

Yusuf Abd Wahab

BN-PBB

16. P207 Igan*

Ahmad Johnie Zawawi

BN-PBB

17. P208 Sarikei*

Samuel Huang

BN -SUPP

18. P209 Julau

Datuk Joseph Salang Gandum

BN - PRS

19. P210 Kanowit

Datuk Aaron Ago Dagang

BN - PRS

20. P211 Lanang*

Kelvin Kong

BN-SUPP

21. P212 Sibu*

Datuk Andrew Wong

BN-SUPP

22. P213 Mukah*

Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree

BN - PBB

23. P214 Selangau*

Rita Sarimah Insol

BN - PRS

24. P215 Kapit

Datuk Alexander Nanta Linggi

BN - PBB

25. P216 Hulu Rajang

Datuk Wilson Ugak Kumbong

BN - PRS

26. P217 Bintulu

Datuk Seri Tiong King Sing BN - PDP

27. P218 Sibuti*

Lukanisman Awang Sauni

BN - PBB

28. P219 Miri*

Datuk Sebastian Ting

BN-SUPP

29. P220 Baram

Anyi Ngau

BN - PDP

30. P221 Limbang

Hasbi Habibollah

BN - PBB

31. P222 Lawas

Datuk Henry Sum Agong

BN - PBB

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 10:18 AM
KETUA Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Senarai Calon BN Sarawak PRU14 di Ibu Pejabat Parti PBB Petra Jaya Kuching. FOTO Nadim Bokhari