MANGSA maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh, Sabtu lalu.
Azura Abas; Mohd Husni Mohd Noor dan Irwan Shafrizan Ismail


LAPORAN forensik kes imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma yang maut ditembak ketika dalam perjalanan ke surau akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan perincian laporan itu memandangkan ia membabitkan siasatan kes jenayah.

“Selepas buat pemeriksaan forensik, kita serahkan kepada polis dan terpulang kepada mereka untuk mendedahkan apa-apa maklumat mengenainya.

“Kita tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan daripada sudut kementerian," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lalu, Fadi, 35, ditembak mati dipercayai dari jarak dekat sebaik keluar dari kondominium berkenaan menuju ke surau berhampiran untuk mengimamkan solat Subuh.

Berita berkaitan

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 2:20 PM