Skip this ad x
DR FADI. FOTO Arkib NSTP
Nor Akmar Samudin


SUSULAN kematian pensyarah Palestin Dr Fadi M R Albatsh Fatma, tabung khas akan diwujudkan bagi membantu mengumpul dana bagi membiayai pelajar terbaik di Gaza untuk menyambung pengajian di Malaysia.

Ia akan dikenali sebagai Tabung Biasiswa As-Syahid Fadi Al-Batsh sekali gus meneruskan legasi serta aspirasi Dr Fadi yang maut ditembak oleh dua suspek di depan sebuah kondominium di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan awal dengan Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi di Gaza bagi mewujudkan tabung berkenaan.

“Dengan izin Allah SWT, tabung itu akan digunakan bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar terbaik Gaza dalam bidang kejuruteraan, khususnya kejuruteraan elektrik untuk menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Malaysia.

“Kami mengharapkan sokongan seluruh pencinta Palestin dan as-syahid untuk berkongsi aspirasi ini dan menyumbang ke tabung itu melalui akaun Maybank rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia 5648 1050 7826 dan menghantar maklumat menerusi aplikasi WhatsApp saya di Gaza di no +60197095092 dengan tag #aspirasifadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berbincang dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain yang berminat bekerjasama dalam inisiatif berkenaan.

“Sasaran awal kami ialah RM50,000. Ramai juga sahabat yang menyampaikan hasrat memberikan sumbangan kepada keluarga as-syahid.

“Anda boleh menyalurkan sumbangan ke akaun sama dengan info tag #keluargafadi dan pada masa terdekat saya akan menyampaikan sumbangan anda secara terus kepada isteri as-syahid.

“Kongsikan aspirasi ini, buktikan syahid seorang bangkit ratusan mengambil peranannya,” katanya.

Berita berkaitan

Penembak Dr Fadi sewa homestay?

[UPDATE] Jenazah Fadi selamat dikebumi [METROTV]

Jenazah Fadi selamat tiba di Gaza

Pembunuh Dr Fadi ‘cabut’ pakai Proton Saga...

Wajah pelepas rindu anak Dr Fadi

'Tugasan' dirancang tiga bulan...?

Laungan takbir, syahadah iringi jenazah Fadi

Ya Allah, tempatkan dia bersama para syuhada...

[UPDATE] Pulang ke Palestin malam ini

Polis dedah gambar suspek bunuh Fadi [METROTV]

[UPDATE] Alhamdulillah Mesir dah beri kelulusan]

"Suami kata, kamu sudah bersabar tunggu saya...']

Motosikal suspek tembak Dr Fadi ditemui...? [METROTV]

Jenazah Fadi masih di hospital [METROTV]

6 laluan potensi suspek bunuh Fadi

Israel nak halang jenazah Fadi masuk Gaza

Tunggu kelulusan Mesir

Ini lakaran wajah suspek bunuh Fadi

Jenazah Fadi dijangka dibawa pulang esok

Wajahnya tenang dan berseri... [METROTV]

[UPDATE] Jenazah Fadi akan dibawa ke Palestin

'Fadi bukan pakar pembuat roket dan dron'

'Lelaki itu bukan suspek kes Fadi'

UNIKL BMI sedia urus pengebumian Fadi

[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

'Dr Fadi suka layan kerenah penuntut'

Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

'Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman'

Mufti doa Fadi dapat syahid

[UPDATE] Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

'Arwah biasa jadi imam'

[UPDATE] Penembak tunggu 20 minit [METROTV]

Imam Palestin ditembak mati

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 April 2018 @ 9:17 PM