CHIN didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, semalam.
CHIN didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, semalam.
HM Digital

Melaka: Pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, semalam atas tuduhan membuang sisa binaan secara haram di kawasan perindustrian Krubong, pertengahan tahun lalu.

Chin Chee Aun, 47, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, Chin didakwa melonggokkan sisa pepejal terkawal, iaitu sisa binaan di tanah simpanan sungai (tanah kerajaan) di Jalan PK23, Kawasan Perindustrian Krubong, jam 1.05 tengah hari, 21 Julai 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan Seksyen 71(8) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara hingga lima tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 4:58 AM