TAN Yee Kew terlupa membawa kad pengenalan ketika hadir untuk pendaftaran pada Penamaan Calon di Dewan Wangsa Bestari, SMK Wangsa Melawati. FOTO Aswadi Alias
Mohd Azrone Sarabatin\


CALON PKR bagi Parlimen P116 Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dilarang masuk dewan kerana tidak membawa kad pengenalan.

Beliau yang tiba di Dewan Wangsa Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Wangsa Melawati, Kuala Lumpur tidak dibenarkan mengemukakan borang pencalonan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).

Bagaimanapun, beliau kemudian dibenarkan masuk menggunakan salinan kad pengenalan.

Kemungkinan pencalonan beliau ditolak keranamenggunakan salinan kad pengenalan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 10:17 AM