FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Siti Rohana Idris


TIGA penunggang motosikal dihalau pihak berkuasa selepas membuat bising sebelum proses penamaan calon di Tumpat, hari ini.

Insiden itu berlaku 8.35 pagi tadi selepas mereka didapati asyik membunyikan enjin motosikal kira-kira lima minit.

Sumber polis memberitahu tindakan itu mengundang kemarahan orang ramai terutama penyokong ketiga-tiga parti yang sedang bersiap sedia untuk mengiringi calon masuk ke Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat untuk proses penamaan.

Ketiga-tiga penunggang motosikal itu yang berusia 20-an itu kemudiannya dihalau pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 11:52 AM