ENAM kanak-kanak Orang Asli menaiki helikopter ke Hospital Gua Musang selepas mengalami demam panas.
HM Digital

Gua Musang: Enam kanak-kanak Orang Asli di Pos Belatim di sini, dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) menggunakan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana demam panas, kelmarin.

Kanak-kanak Orang Asli itu membabitkan empat lelaki dan dua perempuan berusia tiga bulan hingga tujuh tahun.

Mereka dilaporkan mengalami muntah-muntah dan menggigil sejak tiga hari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Subang, Mohd Farhan Marzuki berkata, penerbangan ihsan itu menggunakan helikopter Agusta AW139.

Beliau berkata, helikopter itu berlepas dari Pangkalan Udara Bertam, Pulau Pinang jam 2.50 petang dan tiba di Pos Belatim jam 3.30 petang untuk meghantar pesakit ke HGM.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 10:15 AM