Projek perumahan di Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor.
Projek perumahan di Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor.
HM Digital

Pangkor: Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampaui (terjangkau).

Mungkin peribahasa ini, yang bermaksud dengan sekali usaha, beberapa matlamat dapat tercapai, sesuai untuk menggambarkan komitmen Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam pembangunan di Pulau Pangkor.

Peruntukan diberikan di pulau berkenaan sejak beberapa tahun lalu digunakan secara kreatif bukan sahaja untuk meningkatkan taraf hidup penduduk, tetapi juga membuka peluang ekonomi, mempertingkat kemudahan asas serta meletakkan kedudukan Pangkor semakin popular di mata pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Pulau Pangkor, Asmadi Teh berkata, ketika ini banyak projek pembangunan untuk manfaat rakyat khususnya penduduk miskin dilaksanakan di pulau itu seperti projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Teluk Gedong, Teluk Kecil, Kampung Masjid dan Kampung Sungai Pinang Besar membabitkan 294 unit rumah menerusi di bawah penyeliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 6:13 AM